Danger Love [4]




Lee Soo Mi POV

Kringgg !

Loceng sekolah sudah menandakan sekarang waktu pulang . Aku bergegas menyimpan semua alatan ke dalam beg . Guru juga sudah beredar meninggalkan . Kini hanya beberapa orang yang masih di dalam kelas kerana lambat menyimpan barang .

Aku menoleh ke tepi melihat rakan sebelah mejaku . Dialah yang sudi menjadi kawan baruku dan juga kawan baikku di sini , Go Woo Ri . Nama samaran dia adalah Ririe . Aku juga ikut memanggilnya dengan gelaran itu . Comel gelaran dia .

Aku melangkah keluar bersama Ririe untuk pulang . Kami berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga . Gayat juga . Dekat rumah aku pun ada tangga tapi tak tinggi macam ni . Kalau naik tangga tu lainlah . Kalau turun tangga kita memandang ke bawah jadi memang gayat . 

Di pertengahan jalan , tiba-tiba ada melanggar bahunya lalu barang-barang yang dipegang tadi jatuh ke bawah . Aku bertinggung untuk mengutip barang yang dibawa . Siapalah yang jalan tak guna mata ni ? Habis barang aku berterabur sana sini . Nasib baik ada Ririe yang tolong aku mengutip barang . 

Aku menoleh mencari kelibat orang yang melanggar aku tadi . Orang itu hanya berdiri memandang aku tanpa berbuat apa-apa . Bukannya nak bantu kutip barang . Aku menoleh lagi ke arahnya . Terkejut bukan kepalang apabila itu Lee Byung Hun , pemuda yang menolong aku di stesen bas . Namanya aku terdengar kerana amaran yang diberi oleh Puan Gwan di dalam kelas hari itu . Apabila teringatkan kejadian itu , aku menjadi malu .

Dia masih memandang aku . Aku pula tidak berhenti memandang dia . Terjadi pula aktiviti pandang-memandang di lorong jalan untuk pulang . Aku tak sangka boleh berjumpa lagi . Memanglah aku boleh di tiap-tiap hari dekat kelas tapi aku ni pemalu nak bertegur sapa . Kalau perempuan tu lainlah . Tiba-tiba...

"Oppa , kenapa lambat sangat ni ? Jomlah ."pelajar perempuan itu mendekati lelaki itu lalu memeluk lengannya . Aku terpempan mendengar panggilan yang diberi kepada lelaki itu . Kekasih diakah ?

Aku berdiri dari tempat aku bertinggung tadi . Aku menarik lengan Ririe untuk segera pergi dari tempat ini . Aku tak sanggup melihat adegan yang lebih teruk antara pelajar perempuan tadi dengan lelaki itu . Ririe terpinga-pinga kerana ditarik begitu . 'Aku minta maaf Ririe , tapi terpaksa membuat kau macam ni .'desisku di dalam hati .

Namun tidak lama aku berjalan air mata aku mengalir deras menuruni pipi . Aku tak pernah merasa perasaan begini . Cemburu . Ah , tak mungkin aku cemburu ! Banyak kali aku menafi perasaan ini namun tak boleh . Aku terduduk di lantai . Air mata juga tidak mahu berhenti . Aku ingin menangis puas-puas di sini . Biarlah orang nak kata apa-apa pun . Aku tak kisah . Asalkan perasaan ini dapat dilepaskan dengan menangis .

"Bersabarlah . Jangan menangis macam ni disebabkan dia tu ."Ririe turut bertinggung untuk memujuk aku . Ririe mengelap air mata perlahan-lahan di pipi mulusku . Namun hanya sia-sia kerana air mata tetap menuruni pipi . 

"Lee Soo Mi , awak harus kuat . Ririe tak nak tengok kawan baik Ririe macam ni . Ririe lupa bagi tahu yang perempuan tadi adalah bakal tunang dengan lelaki tu . Awak patut jauhkan diri dari lelaki tu . Perempuan tu sanggup buat apa saja jika hubungan mereka terhalang ."pesan Ririe kepadaku . Tersentak aku apabila Ririe menyebut pelajar perempuan tadi tunang dia . Air mata makin deras menuruni pipi . Tak sangka aku selemah ini hanya kerana lelaki itu ? Aku akan cuba sedaya-upaya untuk melupakan dia . Aku bertekad di dalam hati .

----------------------------------

Part 5 aku akan sambung lambat sikit . Tunggu tau . Terima kasih baca dan komen .^^